EBOOK HARTANAH — OLEH FIRMA GUAMAN ASCO LAW (MESSRS AKMAL SAUFI & CO) DENGAN PENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN MENGENDALIKAN TRANSAKSI SUBSALE HARTANAH DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA
Adakah Anda Bakal Tersalah Langkah Dalam Transaksi Subsale Anda... Tanpa Sedar?
Panduan praktikal untuk pembeli rumah pertama Malaysia yang sedang melalui proses subsale —
supaya anda tahu di mana anda berada dalam transaksi, apa yang berlaku seterusnya,
dan bagaimana elakkan kesilapan yang boleh
menyebabkan deposit anda dilucuthakkan dan hak milik anda tertangguh berbulan-bulan.
✔ Dibina dari kes sebenar — bukan teori atau teks akademik
✔ Merangkumi keseluruhan perjalanan dari SPA hingga hak milik berdaftar
✔ Ditulis untuk membantu anda faham, bertanya soalan yang betul, dan bergerak dengan yakin
Bila Anda Akhirnya Menemui Rumah Itu... Dunia Anda Berubah Dalam Sekelip Mata.
Baru semalam anda masih melayari PropertyGuru pada hujung minggu, mengira semula kemampuan kewangan anda, meyakinkan diri bahawa anda akan tahu bila rumah yang betul datang. Sekarang anda duduk di sana - SPA sudah ditandatangani, deposit sepuluh peratus sudah dibayar. Ini adalah hartanah pertama anda.
Ini adalah keputusan terbesar yang anda pernah buat dalam hidup.
Tetapi ini yang sebenarnya berlaku dalam kepala anda :
⚠ "Peguam kata semuanya okay, tapi dah 3 bulan berlalu. Saya tak tahu nak tanya apa."
⚠ "Bank dah mula tolak ansuran setiap bulan, tapi kunci belum ada lagi. Ini normal ke?"
⚠ "Ejen kata pegangan bebas, tapi tetiba ada kelulusan negeri yang perlu diuruskan. Kenapa tak bagitau dari awal?"
⚠ "Kalau tersalah langkah, deposit RM48,000 saya tu boleh hilang?"
⚠ "Saya tak tahu pun tahap mana transaksi saya sekarang. Tak ada siapa yang terangkan dengan jelas."
Kalau anda rasa salah satu daripada keadaan ini... anda tidak keseorangan. Dan ia bukan salah anda.
Inilah Yang Sebenarnya Berlaku Jika Transaksi Subsale Tersalah Urus....
❌ Deposit Dilucuthakkan — Sebelum Transaksi Sempat Bermula —
Pembeli yang menandatangani SPA tanpa semak kelayakan unit kos rendah boleh kehilangan deposit penuh — RM30,000 hingga RM60,000 — apabila kelulusan ditolak. Mahkamah Rayuan mengesahkan: deposit bukan penalti, ia harga kontrak yang secara amnya tidak dikembalikan.
❌ Jadual Waktu Meletup — Berbulan - Bulan Tanpa Kunci —
SPA tanpa klausa Tempoh Bersyarat Lanjutan boleh membawa kepada pembeli secara teknikal melanggar kontrak, penjual menuntut pampasan, dan lanjutan paksa dengan kos guaman tambahan — semua kerana satu klausa yang tertinggal.
❌ Hak Milik Tersangkut Di Peringkat Terakhir — Selepas Berbulan - Bulan Tunggu —
Yuran penyelenggaraan JMB tertunggak milik penjual — RM8,000 hingga RM12,000 — boleh menghalang Pejabat Tanah daripada mendaftarkan hak milik anda pada saat terakhir anda membayar ansuran, tapi nama anda masih belum tertera pada hak milik.
❌ Bayar Ansuran Tanpa Faham Mengapa — Dan Panik Tanpa Sebab —
Ramai pembeli memanggil bank dalam keadaan panik apabila ansuran mula ditolak sebelum kunci diterima. Mereka tidak tahu ini adalah struktur normal dua bank. Mereka mula hilang kepercayaan — bukan kerana ada masalah, tetapi kerana tiada siapa yang terangkan.
Anda tidak perlu menjadi salah satu daripada statistik itu.
Bukan Salah Anda.
Proses Ini Memang Tidak Pernah Diterangkan Kepada Sesiapa.
Transaksi hartanah subsale di Malaysia melibatkan sekurang - kurangnya enam pihak yang berbeza — pembeli, penjual, peguam pembeli, peguam penjual, bank pembeli, dan bank penjual. Dalam kes kelulusan negeri, tambah Pejabat Tanah. Dalam kes strata, tambah Badan Pengurusan Bersama.
Setiap pihak berkomunikasi hanya dengan pihak yang berhubung langsung dengannya. Anda berada di hujung rantaian ini —dan anda hanya menerima serpihan maklumat.
✔ Sekolah tidak pernah ajar cara baca surat hak milik
✔ Ejen faham pasaran, bukan proses undang-undang penuh
✔ Internet penuh maklumat umum yang tidak terpakai untuk kes khusus anda
✔ Ramai tidak tahu apa itu kaveat, sekatan kepentingan, atau Tempoh Bersyarat Lanjutan
✔ Ramai tidak tahu soalan apa yang perlu ditanya — dan pada peringkat mana
Itu bukan tanda anda tidak bersedia. Itu tanda anda belum dapat gambaran yang lengkap dan betul.
Dan itulah yang Ebook ini direka untuk berikan kepada anda .
Memperkenalkan : Peta Strategik Pembeli Rumah Pertama Malaysia
Ini buku teks undang- undang. Ini bukan artikel generik yang anda jumpa di Google. Ini adalah peta perjalanan sebenar —
disusun dari tujuh tahun kes - kes subsale sebenar yang ditangani oleh peguam hartanah
yang mengendalikan kedua - dua bahagian transaksi: pindah milik DAN dokumentasi bank secara serentak.
Ebook ini memetakan keseluruhan perjalanan dari menandatangani SPA hingga hak milik berdaftar atas nama anda — dalam bahasa yang paling mudah difahami. Bukan istilah abstrak. Bukan jargon undang-undang. Bahasa yang digunakan oleh peguam apabila klien duduk di hadapannya dan bertanya: "Apa sebenarnya yang berlaku, dan adakah transaksi saya ini normal?"
Selepas Membaca Ebook Ini, Inilah Yang Akan Menjadi Jelas Kepada Anda
Perjalanan dari tidak tahu apa yang berlaku — kepada tahu dengan tepat di mana anda berada dan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Ebook Ini Untuk Anda, Jika...
✔ Anda adalah pembeli rumah pertama yang sedang melalui atau hampir memulakan proses subsale
✔ Anda telah menandatangani SPA tetapi tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku selepas itu
✔ Anda ingin tahu mengapa transaksi mengambil masa lama dan apa setiap peringkat melibatkan
✔ Anda membeli apartment atau kondominium dan ingin pastikan tiada masalah penyelenggaraan pada saat terakhir
✔ Anda mahu tahu soalan apa yang perlu ditanya kepada peguam anda — dan bila
✔ Anda ingin melindungi deposit anda dan memastikan hak milik didaftarkan tanpa halangan
Ebook ini mungkin tidak sesuai untuk anda, jika ...
Anda seorang peguam atau profesional hartanah yang sudah faham proses pindah milik sepenuhnya. Anda mencari nasihat undang-undang khusus untuk kes anda — ebook ini menerangkan proses umum, bukan menggantikan peguam.
Ditulis Oleh Mereka Yang Setiap Hari Mengendalikan Kes Subsale Sebenar
Ebook ini bukan disusun dari nota kelas atau artikel internet. Ia terhasil dari tujuh tahun kes - kes subsale sebenar — dari kes yang berjalan lancar hingga kes yang tersangkut di setiap peringkat yang mungkin: kelulusan yang mengambil masa empat bulan, kaveat pemiutang yang muncul tiba -tiba, yuran penyelenggaraan tertunggak yang menghalang pendaftaran, dan penghapusan RPGT yang membekukan pencairan Tahap Empat .
Siti Sarah Sarif, Senior Associate di Messrs Akmal Saufi & Co., mengendalikan kedua - dua bahagian transaksi: pindah milik DAN dokumentasi bank secara serentak. Ini bermakna beliau melihat keseluruhan rantaian — dari SPA hingga hak milik —
bukan hanya satu bahagian. Dan beliau mengendalikan kes di seluruh Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor, untuk hartanah berasingan dan strata.
Messrs Akmal Saufi & Co. telah beramal lebih dari 10 tahun, di bawah jenama ASCOLAW, membantu pembeli individu melindungi apa yang mereka bina. Ebook ini terhasil dari peta yang dilukis pada sehelai kertas apabila klien baharu duduk di hadapan meja — kerana setiap pembeli kali pertama bertanya soalan yang sama. Soalan yang sepatutnya dijawab sebelum mereka perlu bertanya.
.jpg)
Kes Yang Kami Tangani — Dari Keliru Kepada Jelas
Apakah Nilai Sebenar Yang Anda Terima?
Siti Sarah Sarif mengambil masa 7 tahun dan ratusan kes untuk memahami setiap perangkap, setiap risiko, dan setiap soalan yang perlu ditanya di setiap peringkat transaksi subsale. Maklumat itu — yang sebelum ini hanya tersedia apabila anda duduk di meja peguam — kini disusun dalam 74 muka surat yang boleh anda baca dalam masa dua hingga tiga jam.
Konsultasi hartanah profesional boleh mencecah RM300 hingga RM600 untuk satu sesi. Kos untuk membaiki kesilapan — klausa SPA yang tertinggal, kelulusan yang tidak dijangka, deposit yang berisiko — boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Bandingkan: Apa Kos Sebenar Jika Anda Tidak Bertindak Sekarang?
Soalannya bukan sama ada RM89 berbaloi. Soalannya ialah — berapa yang anda sanggup bayar untuk tidak tahu ?
Tawaran Ini Tidak Akan Kekal. Berikut Adalah Sebabnya.
Harga lancar RM89 adalah harga pelancaran sahaja — selepas tempoh lancar, harga akan kembali ke RM259.
Bonus Konsultasi Pra-SPA percuma 30 minit juga hanya tersedia untuk pembeli ebook semasa tempoh lancar ini.
Ini bukan bonus yang kekal — ia adalah tetingkap masa yang kami buka khusus untuk pembeli awal.
Dan setiap hari yang berlalu tanpa faham proses subsale anda adalah hari di mana risiko — kaveat yang tidak dipasang, kelulusan yang tidak dijangka, klausa SPA yang tertinggal — terus ada tanpa anda sedar.
Soalan Yang Paling Selalu Ditanya
"Ebook ini untuk pembeli yang belum tandatangan SPA, atau yang sudah dalam proses?"
Kedua-duanya. Bahagian awal ebook (Bab 1-3 dan Bab 9) adalah untuk anda yang belum menandatangani — supaya anda masuk dengan mata terbuka. Bahagian tengah dan akhir (Bab 4-8 dan Peta Lima Tahap) adalah untuk anda yang sudah dalam proses dan ingin tahu di mana anda berada dan apa yang berlaku seterusnya.
"Saya dah lantik peguam. Masih perlukah ebook ini?"
Ya — sebab ebook ini bukan untuk menggantikan peguam anda. Ia untuk membantu anda menjadi klien yang bermaklumat, yang tahu soalan apa yang perlu ditanya dan bila. Peguam yang baik pun akan lebih mudah bekerja dengan klien yang faham proses.
"Saya tidak ada latar belakang undang-undang. Boleh saya faham ebook ini?"
Ebook ini ditulis khusus untuk pembeli biasa yang tidak ada latar belakang undang-undang. Tiada jargon. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang digunakan apabila peguam menerangkan kepada klien secara bersemuka.
"Bagaimana konsultasi Pra-SPA percuma berfungsi?"
Selepas pembelian, anda akan terima maklumat untuk menempah slot 30 minit dengan pasukan pindah milik ASCOLAW. Konsultasi ini adalah untuk perbincangan awal transaksi anda. Nilai pasaran: RM250.
"Bagaimana saya mendapatkan wang dikembalikan jika tidak berpuas hati?"
Jika anda tidak berpuas hati dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian, hubungi kami dan wang anda akan dikembalikan sepenuhnya. Tiada soalan. Tiada syarat rumit.
"Dalam format apa ebook ini ? Boleh dibaca di telefon?"
Format PDF. Boleh dibaca di telefon, tablet, atau komputer. Anda akan menerima pautan muat turun segera selepas pembelian.
"Situasi saya agak kompleks. Adakah ebook ini masih berkaitan?"
Ebook ini menerangkan proses standard transaksi subsale. Jika anda mempunyai situasi yang sangat kompleks, kami mengesyorkan nasihat khusus dari peguam. Bonus konsultasi 30 minit yang disertakan boleh menjadi permulaan yang baik untuk menilai situasi anda.
Anda Sudah Menanggung
Ketidakpastian Ini Terlalu Lama.
Ini bukan masa untuk terus meneka. Bukan masa untuk menunggu dan melihat sambil berharap semuanya berjalan baik. Anda membuat keputusan kewangan terbesar dalam hidup anda — keputusan yang akan mempengaruhi anda selama 20 hingga 30 tahun ke depan.
Orang yang anda sayangi bergantung pada anda untuk melakukan ini dengan betul. Tanggung jawab ini adalah tanggung jawab anda. Dan cara terbaik untuk menunaikannya bukan dengan menjadi peguam — tetapi dengan menjadi pembeli yang cukup bermaklumat untuk bertanya soalan yang betul, pada masa yang betul.
Ebook ini tidak akan menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata. Tetapi ia akan memberikan anda sesuatu yang bernilai:
Kejelasan. Arah. Keyakinan untuk bergerak maju.
Panduan ini tidak bertujuan menggantikan nasihat guaman bagi kes yang memerlukan perhatian khusus. Ia membantu anda memahami proses dengan cukup baik supaya langkah pertama — dan setiap langkah seterusnya — diambil dengan lebih terarah.

Mulakan dengan kefahaman yang jelas hari ini.